22 April 2009
Pembukaan Pasar Tani Ujong Pasir

Sori da lama tak update blog..ni baru balik kursus 2 minggu kat PD..ni baru dapat bukak & update blog..Ni ada sikit info pada kawan2 yang nak berniaga di Pasar Tani.. FAMA Melaka akan buka pasar tani baru di Ujong Pasir..Peluang ni terbuka kepada sumer usahawan lama atau baru yang ingin melibatkan diri dalam bidang keusahawanan..nak jual apa2 produk pun boleh asalkan yang halal dan tak haram dari sisi undang2 negara.
Untuk info Pasar Tani ni akan beroperasi setiap hari Sabtu bermula jam 3pm hingga 10pm..Hari Sabtu (25/4/09)ni hari pembukaan..Banyak acara menarik akan diadakan..So jgn lepaskan peluang samaada nak berniaga atau nak membeli-belah..
P/S - Keterangan Lanjut Sila Hubungi Cik Rozilawati Sulaiman ditalian 06-2312760
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 1:20 PM 0 comments
05 March 2009
Dua Lagi Pasar Tani Mega Diwujudkan Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka dua lagi pasar tani meganya di bandaraya ini iaitu di Bandar Tasik Selatan yang beroperasi setiap hari Selasa mulai esok dan di Gombak Setia pada Khamis ini.
Pasar tani akan beroperasi dari pukul 4 petang hingga 10 malam, katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
Katanya pembukaan pasar tani ini adalah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyediakan tapak perniagaan.
Jumlah pasar tani mega di Wilayah Persekutuan kini bertambah menjadi tujuh dengan pembukaan dua pasar tani itu. Pasar tani mega yang lain adalah Putrajaya, Bukit Angkasa, Setiawangsa, Segambut dan Danau Kota.
Pembukaan pasar tani itu juga telah menambah jumlah peserta sebanyak 279 orang dengan menjadikan jumlah keseluruhan peserta seramai 725 orang.
Di peringkat nasional, dengan wujudnya dua buah pasar tani ini jumlah keseluruhan pasar tani mega adalah sebanyak 51 buah, dan merancang sebanyak 150 buah pasar tani mega akan dibuka menjelang 2010, katanya.
-- BERNAMA
Info : Pada 6/3/2009 Pasar Tani baru akan dibuka di Pekan Lubok Cina Melaka.Bagi kengkawan yang nak joint or nak tinjau pasaran kat sana bolehlah pi survey..Pasat Tani nie beroperasi bermula jam 4.00 pm hingga 10.00 pm..INFO LANJUT CALL 06-2312760 (FAMA OFFICE) - UNIT PASAR TANI
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 4:31 PM 0 comments
Labels: FAMA
Sayur-sayuran, Buah-buahan Akan Dilabel Dan Digred

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pengguna bakal menikmati sayur-sayuran dan buah-buahan yang berbaloi dengan harga dibayar apabila peraturan melabel dan menggredkan barangan berkenaan mengikut piawaian antarabangsa dikuatkuasakan.
Dalam masa terdekat, para pemborong, pengeluar dan pengimport akan diwajibkan untuk membungkus, melabel dan menggred sayur-sayuran serta buah-buahan keluaran mereka mengikut piawaian antarabangsa.
Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz berkata walaupun peraturan itu akan berkuatkuasa serta merta, ia bagaimanapun hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada hujung tahun.
Ini, katanya akan memberikan cukup masa dan notis diberikan kepada mereka yang terbabit untuk mematuhi peraturan baru berkenaan.
Bercakap kepada Bernama di luar acara rasmi Mesyuarat Menteri-menteri Kumpulan Lapan Negara Membangun Islam (D8) Mengenai Jaminan Makanan di sini, Mohamed Shariff berkata label yang saiznya tidak kurang daripada 11sm x 7sm akan mengandungi maklumat seperti nama dan alamat pengimport, pengeksport, agen, pengeluar atau pengedar.
Label itu sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris juga perlu memaparkan dengan jelas nama barangan, gred, saiz, negara asal pengeluar dan berat.
Bagi kesalahan mempamerkan maklumat palsu atau mengelirukan, denda maksimum sebanyak RM1,000 atau penjara pada suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan, katanya.
Menerusi peraturan berkenaan, FAMA sebagai pihak berkuasa bertanggungjawab melaksanakan peraturan akan memastikan tiada buah-buahan atau sayur-sayuran yang tidak bermutu diimport ke negara ini dan tiada satu pun di jual di pasar raya-pasar raya atau pasar.
"Kami boleh memberi jaminan dengan yakin pengguna akan memperoleh barangan berkualiti berbaloi dengan nilai wang mereka," kata Mohamed Shariff.
Dalam reaksi spontan mengenai peraturan itu, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna (FOMCA) Malaysia menyambut baik langkah itu kerana ia sudah lama tertangguh.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yusof Abdul Rahman berkata menerusi peraturan itu, para pengguna kini boleh dengan yakin membeli barangan berkualiti.
Mohd Yusof bagaimanapun berharap peraturan baru itu tidak menyebabkan lonjakan harga barangan berkenaan.
"Peraturan itu menghendaki lebel itu menyatakan negara asal pengeluar, dan ini penting bagi pengguna mengelakkan barangan dari negara-negara yang diketahui menggunakan racun perosak berlebihan atau melamin," katanya.
-- BERNAMA
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 4:16 PM 0 comments
26 February 2009
Part 2 : Ayam Kampong
PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
Reban sentiasa bersih
Anak ayam bebas dari penyakit
Jauh dari ternakan dan haiwan lain
Pelawat perlu dikawal
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
Kurang nafsu makan
Monyok dan tidak aktif
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
Muka bengkak
Berak cair atau berdarah
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
Sampar ayam (ND)
Penyakit Gumboro (IBD)
Puru
Salmonellosis
Pasteurellosis
Lain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.
info dari http://harizamrry.wordpress.com/2007/10/09/panduan-memelihara-ayam-kampong-secara-kecilan/
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 3:38 PM 0 comments
04 February 2009
Part 1 : Ayam Kampong
Kali ni nak citer sikit pasal ayam kampong.Baru2 nie adalahler sorang hamba allah nie datang tanya pasal ayam kampong ni.Nak cakap lebih2 pun tak berani takut salah info.Selain daripada candawan ramai gaks yang minat nak ternak ayam kampong nie.Daripada info Sumber Maklumat FAMA (tempat keje aku ler tue) harga seekor ayam kampong diantara RM 9.00-RM 11.00..Mahal tue.Kalau nak tahu info selanjutnya pi kat Pejabat Veterinar yang berdekatan.
PENDAHULUAN
Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.
TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.
PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain
info dari http://harizamrry.wordpress.com/2007/10/09/panduan-memelihara-ayam-kampong-secara-kecilan/
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 4:45 PM 0 comments
Info 2 : Hadapi Kegawatan Ekonomi Dengan Berbelanja,Bukan Menabung
Ketika negara diambang kegawatan ekonomi atau mungkin tempias kegawatan ekonomi dunia adakah kita harus berbelanja atau menabung? Jawapannya ialah kepada mereka yang berkemampuan haruslah berbelanja, bukannya menabung. Ini adalah teori ekonomi yang mudah yang diajar oleh Rasulullah.Cuba lihat berapa harta dan wang simpanan yang ada pada Rasulullah yang ditinggalkan untuk anak cucu baginda apabila baginda wafat? Hampir tiada, kecuali Al Quran dan As Sunnah. Apa sahaja harta yang diperolehi oleh baginda, dihadiahkan kepada baginda, diamanahkan kepada baginda....., baginda akan belanjakan dengan cara berhemah kesemuanya.Begitu juga kita sekarang ini. Kita harus berbelanja dan hanya menabung sekadar yang perlu. Kepada mereka yang mempunyai tabungan yang lebih atau berkemampuan haruslah menggerakkan ekonomi setempat dengan cara berhemah.Sekiranya di tempat kita tiada kelas Al Quran dan Fardu Ain untuk kanak-kanak maka kita belanjakanlah duit kita untuk membina bangunan tambahan di surau. Kontraktor yang membina bangunan tambahan akan mendapat rezeki tambahan. Guru-guru KAFA atau SRA yang mengajar pun akan mendapat elaun dari Jabatan Agama. Kanak-kanak di taman perumahan kita akan mendapat didikan agama yang sempurna. Apabila kanak-kanak berkumpul maka para peniaga goreng pisang dan peniaga keropok lekor pun akan mula tumbuh.Yang pentingnya tabungan dunia tadi akan berubah ke tabungan akhirat. Ini adalah contoh mudah menghadapi kegawatan ekonomi yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw lebih 1400 tahun yang lalu.
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 3:03 PM 0 comments
22 January 2009
Sekadar Renungan

Kali ni post bukan pasal cendawan,tp mengenai saudara kita di Palestin.Harap kita menginsafi agar perkara ini tidak berlaku di negara ini.
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 11:46 AM 0 comments
07 January 2009
Semut????
Lagi satu masalah yang kami hadapi ialah SEMUT..Port lepak semut nie plak kat dedak padi jer,tempat lain tak nak pi..tension nyer pasal kitaorang sembur REDSECT (ubat nyamok)..memang conformler dia mati, tp tak tau lagi apa effect dia masa buat bongkah nanti..kita tunggu hasilnya nanti..
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 3:47 PM 0 comments
Boikot Produk Israel & Amerika
BOIKIT PRODUK ISRAEL
Harap dpt bersama membantu memboikot barangan Israel ini ... jgn biarkan mereka dgn sewenag wenagnya membunuh sesuka hati mereka. Depa kat sana berjidah dgn nyawa ... kita kat sini tgk je. Mai bersama sama kita menjahanamkan produk mereka ... Insya Allah x matinya jika kita x gunakan barangan mereka ni. Bersama samalah kita menunaikan tangungjawab sesama Islam ... tak pun sesama manusia.Harap dpt bersama sama berkempen di laman web masing masing ... sama sama kita berjihad
Sumber dari www.kulatenterprise.blogspot.com
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 10:48 AM 0 comments
En Bahari
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 8:20 AM 0 comments
03 January 2009
iNFO 1 - Pinjaman/Loan

Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 1:25 AM 0 comments
Akhirnya
Akhirnya ter update jugak blog aku ni..sibuk ngan koje akhir tahun..sumer nak kena settle sblm tutup buku..ni da masuk tahun baru 2oo9 azam cendawan pun mesti baru..mesti nak yang lagi majukan..so banyak citer pasal pertanian khususnya cendawan nak citer nie..tp.......
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 12:50 AM 0 comments
26 September 2008
SALAM AIDILFITRI
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 2:52 PM 0 comments
19 September 2008
MAKAN SECARA SIHAT DI BULAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk memberi peluang kepada kita menurunkan berat badan di samping menambahkan amal kebajikan. Ramadhan mendidik kita supaya bersabar serta lebih berdisiplin terutamanya apabila menghadapi juadah makanan. Masalahnya sekarang ramai yang terlupa apabila berhadapan dengan berbagai menu yang pastinya menaikkan nafsu makan lebih dari hari biasa walaupun semasa berpuasa.
Langkah yang boleh dipraktikkan semasa berpuasa ialah dengan menjaga pemakanan seperti :
melebihkan pengambilan sayur-sayuran.
1. banyakan pengambilan buah-buahan
2. minum lebih banyak air samada air jus buah-buahan atau air masak. Sekurang-kurangnya lima liter sehari.
3. Digalakkan berbuka dengan kurma dan air masak.
4. Kita disarankan berbuka dengan sajian ringan. Memadai berbuka dengan kurma, air, bijirin atau roti mil penuh. Hanya selepas solat Maghrib baru makan sajian lebih berat mengandungi sumber karbohidrat, protein dan serat. Bagi yang mahu makan selepas solat terawih, pilih makanan ringan seperti buah-buahan. Kita sepatutnya memberi ‘badan’ rehat daripada makanan sebelum tidur untuk mengelak makanan tidak sempat hadam.
Sepatutnya sajian paling berat diambil ketika kita bersahur. Jangan sesekali meninggalkan sahur kerana banyak hikmahnya. Kita digalakkan bersahur lewat dan jangan sambung tidur selepas makan. Minum air sebanyak mungkin bermula daripada berbuka hinggalah bersahur. Elakkan minum air yang berkarbonat atau kordial yang mengandungi banyak gula. Jenis makanan berlemak, berminyak dan bersantan perlu dielakkan. Begitu juga dengan kuih muih yang tinggi kalorinya dan juga yang bergoreng. Berikut contoh saranan bagi pemakanan sihat di bulan Ramadhan.
SUMBER DARI www.infosihat.gov.my
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 2:37 PM 0 comments
17 September 2008
PUASA : ADAT ATAU IBADAT
SEMPENA bulan Ramadan, telah menjadi kebiasaan kebanyakan masjid dan surau di negeri Pahang turut menganjurkan majlis tazkirah di pertengahan solat tarawih. Dengan mengambil masa 15 minit hingga setengah jam, pelbagai teladan dan pengajaran dapat disampaikan. Yang menarik, pendengarnya adalah terdiri daripada golongan pelbagai peringkat usia - daripada yang tua, remaja hinggalah kanak-kanak.
Itulah rahmat bulan Ramadan. Jika bulan-bulan yang lain, sukar untuk melihat anak-anak muda memenuhi masjid dan surau, Ramadan membuktikan jati diri mereka masih kental.
Pun begitu, sebagai umat Islam, ada beberapa perkara yang kita perlu fahami tentang Ramadan. Ini kerana, untuk menjadi mukmin yang sejati, kita bukan sahaja dituntut melaksanakan segala suruhan-Nya tetapi juga menjauhi perkara-perkara yang dilarang. Hakikatnya, matlamat untuk menjadi mukmin sejati tidak akan tercapai jika kita tidak mampu membezakan antara amalan yang menjadi adat dan amalan yang menjadi ibadat. Menurut Islam, adat itu ada yang baik dan ada pula yang buruk.
Bagi umat Islam, adat dapat menjadi sumber hukum apabila memenuhi tiga perkara iaitu: Pertama, tidak berlawanan dengan dalil al-Quran; kedua, tidak bertentangan dengan dalil al-hadis; dan ketiga, menjadi kebiasaan masyarakat pada umumnya.
Antara perkara kebiasaan atau adat yang boleh menjadi ibadat dan diberi ganjaran pahala jika melakukannya ialah tidur, makan, minum, jual beli dan bekerja mencari rezeki.
Kesemua perbuatan tersebut jika dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah, maka ia dikira ibadat. Malah kegiatan harian kita termasuk bersuci daripada hadas kecil dan besar juga dianggap sebagai ibadat jika disertakan dengan niat. Niat yang dimaksudkan oleh para ahli fikah ada dua bentuk. Pertama, membezakan ibadat daripada adat. Contoh, seseorang yang berpuasa kerana semata-mata ingin menguruskan badan atau sebab perubatan atau tanpa sebab, ia dikira sebagai adat. Sekiranya seseorang berbuat demikian kerana mendekatkan diri dengan Allah, maka perbuatan tersebut dikira ibadat. Begitu juga mereka yang duduk di dalam masjid. Jika hanya berehat, itu dikira sekadar adat tetapi sekiranya beriktikaf, ia adalah ibadat. Maka, umat Islam perlu memahami falsafah puasa supaya selaras dengan al-Quran dan sunah seterusnya mengelakkan ia daripada hanya menjadi adat semata-mata. Antara perkara yang perlu dihindarkan ialah menyempitkan pengertian puasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga di siang hari sahaja. Sedangkan mata, lidah, hati dan telinga, tidak ditahan daripada terus melakukan dosa.
Dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 12:38 PM 0 comments
IMPLIKASI MENGHINA AYAT AL-QURAN
Para ulama telah menyebutkan tentang hukum orang Islam yang menghina dan merendah-rendahkan perkara yang dihormati dalam Islam. Al-Imam Al-Ramli menyebutkan bahawa seseorang itu akan menjadi murtad atau keluar daripada agama Islam apabila dia meletakkan mushaf Al-Quran atau benda-benda yang ditulis dengan nama-nama yang mulia dan dihormati dalam Islam atau benda-benda yang ditulis padanya daripada hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam pada tempat-tempat kotor dan jijik. (Al-Nihayah : 7:416).
Al-Imam Al-Rauyani pula menyatakan bahawa antara perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam (murtad) ialah apabila benda-benda yang ditulis padanya ilmu-ilmu syariah atau ilmu Islam diletakkan di tempat yang kotor dan jijik, kerana perbuatan-perbuatan sedemikian dengan terang telah menghina dan merendah-rendahkan agama Islam. (Al-Nihayah : 7:416).
Seterusnya Al-Ramli telah menjelaskan bahawa perbuatan-perbuatan seperti meletak Al-Quran di tempat kotor dan jijik dan menyentuh Al-Quran ketika berhadas adalah menjadi tanda atau qarinah yang menunjukkan kepada menghina Al-Quran dan merendah-rendahkan agama.Berdasaran kepada keterangan-keterangan di atas, demi menjaga kesucian agama, kita wajib berwaspada dan bersungguh-sungguh dalam menghormati ayat-ayat Al-Quran yang ditulis pada suratkhabar-suratkhabar, kad-kad jemputan atau seumpamanya. Begitu juga dengan ayat-ayat Al-Quran yang diukir di papan-papan atau umpamanya agar tidak dibuang atau dicampakkan di merata tempat seperti longkang, jalan raya, tong sampah dan tandas. Helai-helai kertas, akhbar, surat-surat dan kad jemputan tersebut janganlah hendaknya dijadikan pembungkus barangan, alas kaki, alas duduk, barang mainan kepada kanak-kanak kecil atau apa-apa juga keperluan yang boleh dikategorikan sebagai menghina ayat Al-Quran.
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 11:22 AM 0 comments
Labels: pelbagai
11 September 2008
Macam-macam Hal..
Pastu sajer jer try nak create folder,memang sah tak boleh create pasal nama folder tue da ada.. Dengan ini boleh diistiharkan bahawa sumer folder lost in action..tak tau macamana nak recover balik..
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 8:11 AM 0 comments
13 August 2008
HASIL CENDAWANKU
Setelah menunggu hampir 2 bulan setengah dan menempuh pelbagai halangan dan cabaran dalam merealisasikan harapan dan impian kami untuk menjadi pengusaha cendawn tiram akhirnya berhasil jugak cendawan kami..rasa penat hilang serta merta melihat cendawan kami keluar walaupun ada yang layu dan kering..
Wow..satu bongkah 100 gram..da dapat seringgit


Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 11:40 AM 0 comments
TOLONG KAMI
Ni masalah yang kami ada..actually gambar ni ambil pada 12/6/2008..So sesaper rakan2 yang pernah kena macam ni, bgtau kitaorang dan sebar2kan info nie..Kat bongkah tak ader hijau tapi kat benih ada plak..adakah terkena air atau memang dia ni spesis dari keluarga kulat hijau..minta penjelasan rakan2..


Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 10:48 AM 0 comments
Labels: mushroom
12 August 2008
MAHA 2008


Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 2:09 PM 0 comments
11 August 2008
WATER MIST
Oleh kerana rumah cendawan kami panas dan bahang, saya dengan RELA HATI melaburkan duit gaji saya sebanyak RM 430 untuk beli menatang ni..Belum masuk lagi aksesori dia macam getah paip ngan digital timer lagi..Nak dekat RM 500 jugak habis..Nama dia HUMIDIFIER tp org kampung panggil WATERMIST..Function dia nak melembabkan rumah cendawan..Da 3 minggu saya pakai memang lembab tp tak menyeluruh..mungkin kitaorg letak tempat tak tinggi kot..Maybe lepas ni saya akan ubah kat tempat lebih tinggi..So kalau ada cadangan or pertanyaan pasal water mist ni jangan segan silu contact saya ok..

Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 1:02 PM 1 comments
Labels: mushroom
01 August 2008
CATATAN 4
Cendawan Ku Layu DiTasik Madu
Kepada rakan2 cendawan sekalian masalah utama saya ialah cendawan yang kuar layu/kering..Sebelum ni saya simbah lantai dia,tp saya keje tak ader dapat buat selalu.Pagi sebelum pi kejer,lunch hour kuar jap ngan petang jer..tp tetap jugak layu/kering..Pastu last week saya pi beli watermist/humidifier,harga dia rm430.00..kat area water mist jer yang ok,tpt lain sama jugak..so kepada rakan2 cendawan sekalian,apa yang patut kami lakukan..
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 9:25 PM 1 comments
Labels: mushroom
CENDAWANKU 1
Inilah serba-sedikit gambar mengenai cendawan kami. Gambar-gambar nie saya amik pada hari rabu yang lalu lepas balik dari kerja...30 Julai 2008.
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 1:42 PM 0 comments
Labels: mushroom
31 July 2008
RUMAH CENDAWANKU
Inilah dia rumah cendawan untuk Peringgit Mushroom. Rumah Cendawan kami dibina awal tahun 2008 dalam sekitar bulan Februari dan mengambil masa sebulan nak siap. Biasa-biasa jea rumah cendawan kami.rumah cendawan kami mula beroperasi operasi dalam bulan April..Keluasan dia 15x40 kaki..Kat dalam adalah ditempatkan juga bilik suntik benih sekali...10x10 kaki jer...So kat siniler kami menjalankan operasi cendawan kami..Kat sebelah tue tempat untuk letak habuk kayu.
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 10:27 PM 0 comments
Labels: mushroom
28 July 2008
CENDAWANKU
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 2:23 PM 1 comments
Labels: mushroom
CATATAN 3
ISNIN Bersamaan 28 JULAI 2008
Sebelum memulakan catatan saya pada hari ini minta maaflah sbb saya masih tak dapat lagi nak upload gambar pasal cendawan kami..masih tidak kesempatan dan kesuntukan masa.sibuk dengan pelbagai hal..anywhere kami nak citer skit mengenai progress cendawan kitaorang..Jika sebelum ini kitaorang hanya larat buat 60 media ajer sehari tp dengan kehadiran Mr Bakar (cendawanmelaka) satu hari kitaorang da mampu buat 100 lebih da..26/7/2008(sabtu) lalu kitaorang buat 292 media..So total 3 kali kitaorang buat da dapat 635 media..Insyaallah sebelum puasa penuhler rumah cendawan kami..Tak sabar nak tengok rumah cendawan kami penuh.Mudah-mudahan ia mendatangkan hasil kepada kami.
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 9:09 AM 0 comments
Labels: mushroom
25 July 2008
HALA TUJU DAN INSENTIF INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA
LATARBELAKANG INDUSTRI CENDAWAN MASA KINI DAN JENIS2 CENDAWAN YANG DITANAM DIMALAYSIA·
Tanah tinggi - Jarum mas, bunga kobis, shiitake dan butang·
Tanah rendah - Tiram kelabu, putih, merah, kuning, abalone, sisik / kukur, telinga kera, jerami padi, Ling zhi dan perut lembu.
a) Cendawan adalah organisma hidup yang terdiri aripada kumpulan kulat yang berjana buah (fruiting body). Sebarangusaha, proses, kaedah atau teknologi yang berkaitan organisma hidup ke arah mendapatkan produk yang bernilaitinggi atau mendatangkan kebaikan kepada pengguna adalah dianggap sebarang bioteknologi.
b) Cendawan bukan sahaja digunakan sebagai sayuran, tetapi telah divarisikan sebagai bahan makanan dan produkperubatan seperti minuman, produk kesihatan, produk penjagaan diri dan produk makanan ringan
c) Cendawan telah dikenalpasti sebagai satu industri berpontesi yang menyumbang kepada pendapatan Negara.
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 5:32 PM 0 comments
Labels: pelbagai
23 July 2008
CATATAN 2
RABU bersamaan 23 JULAI 2008
Semalam adalah hari yang paling banyak kami buat bongkah cendawan..166 bongkah kesemuanya..selama ni kita orang hanya larat buat 70 bongkah jer..kesemuanya pasal kepenatan bekerja di siang hari,so malam buat mana yang termampu dan terlarat jea, paling lewat pun kami buat cendawan sampai jam 9 jer..Sebenarnya ada org yang tolong kitaorg buat cendawan nie..sebabnya kita org tak sabar nak tengok rumah cendawan kami penuh.nak tau saper orangnya....???????orangnya adalah saudara BAKAR (cendawan melaka) yang tolong kitaorg semalam..so far banyak juga yang dia ajar kita orang dalam membuat cendawan nie..sambil2 tue gaul ngan begging skali dia buat..gambar nanti kami upload..sebab tak sempat nak buat pun.anywhere thank u burn(cm)..Jasamu sangat dikenang...
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 11:22 AM 0 comments
Labels: mushroom
22 July 2008
CATATAN 1
HARI PERTAMA KU ADA BLOG SENDIRI 22 JULAI 2008 (SELASA)...
PERINGGIT MUSHROOM
Bermula hari Selasa 22/7/08 secara rasminya saya da ada blog sendiri..Sebenarnya saya tengok member2 cendawan yang lain sumer da ada blog sendiri,so untuk tidak ketinggalan saya createler satu..Projek cendawan saya ni baru ajer bermula dalam bulan 4 aritue.Kongsi dengan abang Mohd Nizam.So projek cendawan kitaorang ini bisnes adik beradikler.Walaupun da berjalan hampir 3 bulan kitaorang baru dapat buat tak sampai 1000 bongkah.Hebatkan.Bukan kitaorang malas nak buat tapi masa kitaorang yang terbatas.Masing-masing ada kerjaya sendiri,saya kerja di FAMA abang plak kat PANASONIC,so cendawan kitaorng hanya sampingan ajer.Untuk fulltime cendawan mungkin ambil masa kot,bagi stabil dulu income cendawan kitaorang..Harapan kitaorang dalam projek cendawan ni memang tinggi menggunung..So kepada otai-otai blogger cendawan yang lain terimalah kami seadanya..Jadi secara tidak langsung saya memilih nama blog saya www.peringgitmushroom.blogspot.com
Posted by Mohd Affendy Bin Bidin at 9:48 AM 2 comments
Labels: mushroom



