04 February 2009

Info 2 : Hadapi Kegawatan Ekonomi Dengan Berbelanja,Bukan Menabung

Ketika negara diambang kegawatan ekonomi atau mungkin tempias kegawatan ekonomi dunia adakah kita harus berbelanja atau menabung? Jawapannya ialah kepada mereka yang berkemampuan haruslah berbelanja, bukannya menabung. Ini adalah teori ekonomi yang mudah yang diajar oleh Rasulullah.Cuba lihat berapa harta dan wang simpanan yang ada pada Rasulullah yang ditinggalkan untuk anak cucu baginda apabila baginda wafat? Hampir tiada, kecuali Al Quran dan As Sunnah. Apa sahaja harta yang diperolehi oleh baginda, dihadiahkan kepada baginda, diamanahkan kepada baginda....., baginda akan belanjakan dengan cara berhemah kesemuanya.Begitu juga kita sekarang ini. Kita harus berbelanja dan hanya menabung sekadar yang perlu. Kepada mereka yang mempunyai tabungan yang lebih atau berkemampuan haruslah menggerakkan ekonomi setempat dengan cara berhemah.Sekiranya di tempat kita tiada kelas Al Quran dan Fardu Ain untuk kanak-kanak maka kita belanjakanlah duit kita untuk membina bangunan tambahan di surau. Kontraktor yang membina bangunan tambahan akan mendapat rezeki tambahan. Guru-guru KAFA atau SRA yang mengajar pun akan mendapat elaun dari Jabatan Agama. Kanak-kanak di taman perumahan kita akan mendapat didikan agama yang sempurna. Apabila kanak-kanak berkumpul maka para peniaga goreng pisang dan peniaga keropok lekor pun akan mula tumbuh.Yang pentingnya tabungan dunia tadi akan berubah ke tabungan akhirat. Ini adalah contoh mudah menghadapi kegawatan ekonomi yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw lebih 1400 tahun yang lalu.

No comments: