26 September 2008

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR BATIN.
DARIPADA : MOHD AFFENDY BIDIN & ALFIDAH
serta
NUR ADRIANA QISTINA

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI DI PERINGGITMUSHROOM

19 September 2008

MAKAN SECARA SIHAT DI BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk memberi peluang kepada kita menurunkan berat badan di samping menambahkan amal kebajikan. Ramadhan mendidik kita supaya bersabar serta lebih berdisiplin terutamanya apabila menghadapi juadah makanan. Masalahnya sekarang ramai yang terlupa apabila berhadapan dengan berbagai menu yang pastinya menaikkan nafsu makan lebih dari hari biasa walaupun semasa berpuasa.

Langkah yang boleh dipraktikkan semasa berpuasa ialah dengan menjaga pemakanan seperti :
melebihkan pengambilan sayur-sayuran.
1. banyakan pengambilan buah-buahan
2. minum lebih banyak air samada air jus buah-buahan atau air masak. Sekurang-kurangnya lima liter sehari.
3. Digalakkan berbuka dengan kurma dan air masak.
4. Kita disarankan berbuka dengan sajian ringan. Memadai berbuka dengan kurma, air, bijirin atau roti mil penuh. Hanya selepas solat Maghrib baru makan sajian lebih berat mengandungi sumber karbohidrat, protein dan serat. Bagi yang mahu makan selepas solat terawih, pilih makanan ringan seperti buah-buahan. Kita sepatutnya memberi ‘badan’ rehat daripada makanan sebelum tidur untuk mengelak makanan tidak sempat hadam.

Sepatutnya sajian paling berat diambil ketika kita bersahur. Jangan sesekali meninggalkan sahur kerana banyak hikmahnya. Kita digalakkan bersahur lewat dan jangan sambung tidur selepas makan. Minum air sebanyak mungkin bermula daripada berbuka hinggalah bersahur. Elakkan minum air yang berkarbonat atau kordial yang mengandungi banyak gula. Jenis makanan berlemak, berminyak dan bersantan perlu dielakkan. Begitu juga dengan kuih muih yang tinggi kalorinya dan juga yang bergoreng. Berikut contoh saranan bagi pemakanan sihat di bulan Ramadhan.

SUMBER DARI www.infosihat.gov.my

17 September 2008

PUASA : ADAT ATAU IBADAT

SEMPENA bulan Ramadan, telah menjadi kebiasaan kebanyakan masjid dan surau di negeri Pahang turut menganjurkan majlis tazkirah di pertengahan solat tarawih. Dengan mengambil masa 15 minit hingga setengah jam, pelbagai teladan dan pengajaran dapat disampaikan. Yang menarik, pendengarnya adalah terdiri daripada golongan pelbagai peringkat usia - daripada yang tua, remaja hinggalah kanak-kanak.

Itulah rahmat bulan Ramadan. Jika bulan-bulan yang lain, sukar untuk melihat anak-anak muda memenuhi masjid dan surau, Ramadan membuktikan jati diri mereka masih kental.
Pun begitu, sebagai umat Islam, ada beberapa perkara yang kita perlu fahami tentang Ramadan. Ini kerana, untuk menjadi mukmin yang sejati, kita bukan sahaja dituntut melaksanakan segala suruhan-Nya tetapi juga menjauhi perkara-perkara yang dilarang. Hakikatnya, matlamat untuk menjadi mukmin sejati tidak akan tercapai jika kita tidak mampu membezakan antara amalan yang menjadi adat dan amalan yang menjadi ibadat. Menurut Islam, adat itu ada yang baik dan ada pula yang buruk.
Bagi umat Islam, adat dapat menjadi sumber hukum apabila memenuhi tiga perkara iaitu: Pertama, tidak berlawanan dengan dalil al-Quran; kedua, tidak bertentangan dengan dalil al-hadis; dan ketiga, menjadi kebiasaan masyarakat pada umumnya.

Antara perkara kebiasaan atau adat yang boleh menjadi ibadat dan diberi ganjaran pahala jika melakukannya ialah tidur, makan, minum, jual beli dan bekerja mencari rezeki.
Kesemua perbuatan tersebut jika dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah, maka ia dikira ibadat. Malah kegiatan harian kita termasuk bersuci daripada hadas kecil dan besar juga dianggap sebagai ibadat jika disertakan dengan niat. Niat yang dimaksudkan oleh para ahli fikah ada dua bentuk. Pertama, membezakan ibadat daripada adat. Contoh, seseorang yang berpuasa kerana semata-mata ingin menguruskan badan atau sebab perubatan atau tanpa sebab, ia dikira sebagai adat. Sekiranya seseorang berbuat demikian kerana mendekatkan diri dengan Allah, maka perbuatan tersebut dikira ibadat. Begitu juga mereka yang duduk di dalam masjid. Jika hanya berehat, itu dikira sekadar adat tetapi sekiranya beriktikaf, ia adalah ibadat. Maka, umat Islam perlu memahami falsafah puasa supaya selaras dengan al-Quran dan sunah seterusnya mengelakkan ia daripada hanya menjadi adat semata-mata. Antara perkara yang perlu dihindarkan ialah menyempitkan pengertian puasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga di siang hari sahaja. Sedangkan mata, lidah, hati dan telinga, tidak ditahan daripada terus melakukan dosa.


Dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

IMPLIKASI MENGHINA AYAT AL-QURAN

Para ulama telah menyebutkan tentang hukum orang Islam yang menghina dan merendah-rendahkan perkara yang dihormati dalam Islam. Al-Imam Al-Ramli menyebutkan bahawa seseorang itu akan menjadi murtad atau keluar daripada agama Islam apabila dia meletakkan mushaf Al-Quran atau benda-benda yang ditulis dengan nama-nama yang mulia dan dihormati dalam Islam atau benda-benda yang ditulis padanya daripada hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam pada tempat-tempat kotor dan jijik. (Al-Nihayah : 7:416).
Al-Imam Al-Rauyani pula menyatakan bahawa antara perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam (murtad) ialah apabila benda-benda yang ditulis padanya ilmu-ilmu syariah atau ilmu Islam diletakkan di tempat yang kotor dan jijik, kerana perbuatan-perbuatan sedemikian dengan terang telah menghina dan merendah-rendahkan agama Islam. (Al-Nihayah : 7:416).
Seterusnya Al-Ramli telah menjelaskan bahawa perbuatan-perbuatan seperti meletak Al-Quran di tempat kotor dan jijik dan menyentuh Al-Quran ketika berhadas adalah menjadi tanda atau qarinah yang menunjukkan kepada menghina Al-Quran dan merendah-rendahkan agama.Berdasaran kepada keterangan-keterangan di atas, demi menjaga kesucian agama, kita wajib berwaspada dan bersungguh-sungguh dalam menghormati ayat-ayat Al-Quran yang ditulis pada suratkhabar-suratkhabar, kad-kad jemputan atau seumpamanya. Begitu juga dengan ayat-ayat Al-Quran yang diukir di papan-papan atau umpamanya agar tidak dibuang atau dicampakkan di merata tempat seperti longkang, jalan raya, tong sampah dan tandas. Helai-helai kertas, akhbar, surat-surat dan kad jemputan tersebut janganlah hendaknya dijadikan pembungkus barangan, alas kaki, alas duduk, barang mainan kepada kanak-kanak kecil atau apa-apa juga keperluan yang boleh dikategorikan sebagai menghina ayat Al-Quran.

11 September 2008

Macam-macam Hal..

Salam sejahtera kepada rakan2 sekalian..Sori tak update blog,sebenarnya bukan tak nak update tapi ada masalah serius yang melanda,tp bukan kat umah umah cendawan tapi kat pendrive..
Sori gambar tak clear,tp kalo nak clear klik kat gambar tue,nanti dia jadi besar..
Total saiz pendrive ialah 0.98GB total use ialah 650MB..
Kat sini ler magic bermula,lepas select all total used hanya 1.44MB jer..hilang 648.56MB..Sebenarnya kat dalam pendrive ni ada banyak folder, tp tak leh bukak & tengok..
Pastu sajer jer try nak create folder,memang sah tak boleh create pasal nama folder tue da ada.. Dengan ini boleh diistiharkan bahawa sumer folder lost in action..tak tau macamana nak recover balik..
So kepada rakan-rakan blogger, apa lagi bagitauler mcmana nak settle..pening da kepala pikir nie..