26 September 2008

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR BATIN.
DARIPADA : MOHD AFFENDY BIDIN & ALFIDAH
serta
NUR ADRIANA QISTINA

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI DI PERINGGITMUSHROOM

19 September 2008

MAKAN SECARA SIHAT DI BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk memberi peluang kepada kita menurunkan berat badan di samping menambahkan amal kebajikan. Ramadhan mendidik kita supaya bersabar serta lebih berdisiplin terutamanya apabila menghadapi juadah makanan. Masalahnya sekarang ramai yang terlupa apabila berhadapan dengan berbagai menu yang pastinya menaikkan nafsu makan lebih dari hari biasa walaupun semasa berpuasa.

Langkah yang boleh dipraktikkan semasa berpuasa ialah dengan menjaga pemakanan seperti :
melebihkan pengambilan sayur-sayuran.
1. banyakan pengambilan buah-buahan
2. minum lebih banyak air samada air jus buah-buahan atau air masak. Sekurang-kurangnya lima liter sehari.
3. Digalakkan berbuka dengan kurma dan air masak.
4. Kita disarankan berbuka dengan sajian ringan. Memadai berbuka dengan kurma, air, bijirin atau roti mil penuh. Hanya selepas solat Maghrib baru makan sajian lebih berat mengandungi sumber karbohidrat, protein dan serat. Bagi yang mahu makan selepas solat terawih, pilih makanan ringan seperti buah-buahan. Kita sepatutnya memberi ‘badan’ rehat daripada makanan sebelum tidur untuk mengelak makanan tidak sempat hadam.

Sepatutnya sajian paling berat diambil ketika kita bersahur. Jangan sesekali meninggalkan sahur kerana banyak hikmahnya. Kita digalakkan bersahur lewat dan jangan sambung tidur selepas makan. Minum air sebanyak mungkin bermula daripada berbuka hinggalah bersahur. Elakkan minum air yang berkarbonat atau kordial yang mengandungi banyak gula. Jenis makanan berlemak, berminyak dan bersantan perlu dielakkan. Begitu juga dengan kuih muih yang tinggi kalorinya dan juga yang bergoreng. Berikut contoh saranan bagi pemakanan sihat di bulan Ramadhan.

SUMBER DARI www.infosihat.gov.my

17 September 2008

PUASA : ADAT ATAU IBADAT

SEMPENA bulan Ramadan, telah menjadi kebiasaan kebanyakan masjid dan surau di negeri Pahang turut menganjurkan majlis tazkirah di pertengahan solat tarawih. Dengan mengambil masa 15 minit hingga setengah jam, pelbagai teladan dan pengajaran dapat disampaikan. Yang menarik, pendengarnya adalah terdiri daripada golongan pelbagai peringkat usia - daripada yang tua, remaja hinggalah kanak-kanak.

Itulah rahmat bulan Ramadan. Jika bulan-bulan yang lain, sukar untuk melihat anak-anak muda memenuhi masjid dan surau, Ramadan membuktikan jati diri mereka masih kental.
Pun begitu, sebagai umat Islam, ada beberapa perkara yang kita perlu fahami tentang Ramadan. Ini kerana, untuk menjadi mukmin yang sejati, kita bukan sahaja dituntut melaksanakan segala suruhan-Nya tetapi juga menjauhi perkara-perkara yang dilarang. Hakikatnya, matlamat untuk menjadi mukmin sejati tidak akan tercapai jika kita tidak mampu membezakan antara amalan yang menjadi adat dan amalan yang menjadi ibadat. Menurut Islam, adat itu ada yang baik dan ada pula yang buruk.
Bagi umat Islam, adat dapat menjadi sumber hukum apabila memenuhi tiga perkara iaitu: Pertama, tidak berlawanan dengan dalil al-Quran; kedua, tidak bertentangan dengan dalil al-hadis; dan ketiga, menjadi kebiasaan masyarakat pada umumnya.

Antara perkara kebiasaan atau adat yang boleh menjadi ibadat dan diberi ganjaran pahala jika melakukannya ialah tidur, makan, minum, jual beli dan bekerja mencari rezeki.
Kesemua perbuatan tersebut jika dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah, maka ia dikira ibadat. Malah kegiatan harian kita termasuk bersuci daripada hadas kecil dan besar juga dianggap sebagai ibadat jika disertakan dengan niat. Niat yang dimaksudkan oleh para ahli fikah ada dua bentuk. Pertama, membezakan ibadat daripada adat. Contoh, seseorang yang berpuasa kerana semata-mata ingin menguruskan badan atau sebab perubatan atau tanpa sebab, ia dikira sebagai adat. Sekiranya seseorang berbuat demikian kerana mendekatkan diri dengan Allah, maka perbuatan tersebut dikira ibadat. Begitu juga mereka yang duduk di dalam masjid. Jika hanya berehat, itu dikira sekadar adat tetapi sekiranya beriktikaf, ia adalah ibadat. Maka, umat Islam perlu memahami falsafah puasa supaya selaras dengan al-Quran dan sunah seterusnya mengelakkan ia daripada hanya menjadi adat semata-mata. Antara perkara yang perlu dihindarkan ialah menyempitkan pengertian puasa hanya dengan menahan lapar dan dahaga di siang hari sahaja. Sedangkan mata, lidah, hati dan telinga, tidak ditahan daripada terus melakukan dosa.


Dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

IMPLIKASI MENGHINA AYAT AL-QURAN

Para ulama telah menyebutkan tentang hukum orang Islam yang menghina dan merendah-rendahkan perkara yang dihormati dalam Islam. Al-Imam Al-Ramli menyebutkan bahawa seseorang itu akan menjadi murtad atau keluar daripada agama Islam apabila dia meletakkan mushaf Al-Quran atau benda-benda yang ditulis dengan nama-nama yang mulia dan dihormati dalam Islam atau benda-benda yang ditulis padanya daripada hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam pada tempat-tempat kotor dan jijik. (Al-Nihayah : 7:416).
Al-Imam Al-Rauyani pula menyatakan bahawa antara perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam (murtad) ialah apabila benda-benda yang ditulis padanya ilmu-ilmu syariah atau ilmu Islam diletakkan di tempat yang kotor dan jijik, kerana perbuatan-perbuatan sedemikian dengan terang telah menghina dan merendah-rendahkan agama Islam. (Al-Nihayah : 7:416).
Seterusnya Al-Ramli telah menjelaskan bahawa perbuatan-perbuatan seperti meletak Al-Quran di tempat kotor dan jijik dan menyentuh Al-Quran ketika berhadas adalah menjadi tanda atau qarinah yang menunjukkan kepada menghina Al-Quran dan merendah-rendahkan agama.Berdasaran kepada keterangan-keterangan di atas, demi menjaga kesucian agama, kita wajib berwaspada dan bersungguh-sungguh dalam menghormati ayat-ayat Al-Quran yang ditulis pada suratkhabar-suratkhabar, kad-kad jemputan atau seumpamanya. Begitu juga dengan ayat-ayat Al-Quran yang diukir di papan-papan atau umpamanya agar tidak dibuang atau dicampakkan di merata tempat seperti longkang, jalan raya, tong sampah dan tandas. Helai-helai kertas, akhbar, surat-surat dan kad jemputan tersebut janganlah hendaknya dijadikan pembungkus barangan, alas kaki, alas duduk, barang mainan kepada kanak-kanak kecil atau apa-apa juga keperluan yang boleh dikategorikan sebagai menghina ayat Al-Quran.

11 September 2008

Macam-macam Hal..

Salam sejahtera kepada rakan2 sekalian..Sori tak update blog,sebenarnya bukan tak nak update tapi ada masalah serius yang melanda,tp bukan kat umah umah cendawan tapi kat pendrive..
Sori gambar tak clear,tp kalo nak clear klik kat gambar tue,nanti dia jadi besar..
Total saiz pendrive ialah 0.98GB total use ialah 650MB..
Kat sini ler magic bermula,lepas select all total used hanya 1.44MB jer..hilang 648.56MB..Sebenarnya kat dalam pendrive ni ada banyak folder, tp tak leh bukak & tengok..
Pastu sajer jer try nak create folder,memang sah tak boleh create pasal nama folder tue da ada.. Dengan ini boleh diistiharkan bahawa sumer folder lost in action..tak tau macamana nak recover balik..
So kepada rakan-rakan blogger, apa lagi bagitauler mcmana nak settle..pening da kepala pikir nie..

13 August 2008

HASIL CENDAWANKU

Setelah menunggu hampir 2 bulan setengah dan menempuh pelbagai halangan dan cabaran dalam merealisasikan harapan dan impian kami untuk menjadi pengusaha cendawn tiram akhirnya berhasil jugak cendawan kami..rasa penat hilang serta merta melihat cendawan kami keluar walaupun ada yang layu dan kering..

Wow..satu bongkah 100 gram..da dapat seringgit

TOLONG KAMI

Ni masalah yang kami ada..actually gambar ni ambil pada 12/6/2008..So sesaper rakan2 yang pernah kena macam ni, bgtau kitaorang dan sebar2kan info nie..Kat bongkah tak ader hijau tapi kat benih ada plak..adakah terkena air atau memang dia ni spesis dari keluarga kulat hijau..minta penjelasan rakan2..

12 August 2008

MAHA 2008






Maaf lama tak up-date blog.Last week sibuk dengan Hari Peladang,Penternak & Nelayan (HPPN),minggu ni ngan minggu depan sibuk dengan MAHA 2008 plak..Apa2 hal kena dahulukan dengan tugasan rasmi dulu..
Kepada rakan2 blog sekalian di jemput ke Malaysia Agriculture, Horticulture, & Agritourism Show 2008 (MAHA) bertempat di Malaysia Agro-Exposition Park,Serdang, Selangor dari 11/8/2008 - 23/8/2008 (10 am - 7 pm)..Banyak info mengenai pertanian yang boleh kita dapat kat sini,so jangan lepaskan peluang..kalau terlepas 2008 kena tunggu 2010 plak..

11 August 2008

WATER MIST

Oleh kerana rumah cendawan kami panas dan bahang, saya dengan RELA HATI melaburkan duit gaji saya sebanyak RM 430 untuk beli menatang ni..Belum masuk lagi aksesori dia macam getah paip ngan digital timer lagi..Nak dekat RM 500 jugak habis..Nama dia HUMIDIFIER tp org kampung panggil WATERMIST..Function dia nak melembabkan rumah cendawan..Da 3 minggu saya pakai memang lembab tp tak menyeluruh..mungkin kitaorg letak tempat tak tinggi kot..Maybe lepas ni saya akan ubah kat tempat lebih tinggi..So kalau ada cadangan or pertanyaan pasal water mist ni jangan segan silu contact saya ok..
baru nak test power

Mula2 letak kat situ jer,pasni mungkin nak
nak letak kat area atas plak

01 August 2008

CATATAN 4

Cendawan Ku Layu DiTasik Madu

Kepada rakan2 cendawan sekalian masalah utama saya ialah cendawan yang kuar layu/kering..Sebelum ni saya simbah lantai dia,tp saya keje tak ader dapat buat selalu.Pagi sebelum pi kejer,lunch hour kuar jap ngan petang jer..tp tetap jugak layu/kering..Pastu last week saya pi beli watermist/humidifier,harga dia rm430.00..kat area water mist jer yang ok,tpt lain sama jugak..so kepada rakan2 cendawan sekalian,apa yang patut kami lakukan..

CENDAWANKU 1

Inilah serba-sedikit gambar mengenai cendawan kami. Gambar-gambar nie saya amik pada hari rabu yang lalu lepas balik dari kerja...30 Julai 2008.


Bongkah-bongkah nie dalam bilik suntik
Bongkah-bongkah yang telah disusun di dalam rumah cendawan
Inilah cendawan kami Inilah cendawan yang baru keluar...

31 July 2008

RUMAH CENDAWANKU

Inilah dia rumah cendawan untuk Peringgit Mushroom. Rumah Cendawan kami dibina awal tahun 2008 dalam sekitar bulan Februari dan mengambil masa sebulan nak siap. Biasa-biasa jea rumah cendawan kami.rumah cendawan kami mula beroperasi operasi dalam bulan April..Keluasan dia 15x40 kaki..Kat dalam adalah ditempatkan juga bilik suntik benih sekali...10x10 kaki jer...So kat siniler kami menjalankan operasi cendawan kami..Kat sebelah tue tempat untuk letak habuk kayu.

28 July 2008

CENDAWANKU

Inilah bongkah yang disuntik pada 25/07/08
Tengah suntik benih nie..mesti bekerja keras
Ni bongkah yang telah disuntik pada 25/7/2008
Nie plak tempat pengukus..Kapasiti boleh muat 85 media(plastik besar),
kalau plastik kecil maybe dalam 100 lebih..

Media yang baru disuntik..Gambar tengah kukus coming soon..

CATATAN 3


ISNIN Bersamaan 28 JULAI 2008
Sebelum memulakan catatan saya pada hari ini minta maaflah sbb saya masih tak dapat lagi nak upload gambar pasal cendawan kami..masih tidak kesempatan dan kesuntukan masa.sibuk dengan pelbagai hal..anywhere kami nak citer skit mengenai progress cendawan kitaorang..Jika sebelum ini kitaorang hanya larat buat 60 media ajer sehari tp dengan kehadiran Mr Bakar (cendawanmelaka) satu hari kitaorang da mampu buat 100 lebih da..26/7/2008(sabtu) lalu kitaorang buat 292 media..So total 3 kali kitaorang buat da dapat 635 media..Insyaallah sebelum puasa penuhler rumah cendawan kami..Tak sabar nak tengok rumah cendawan kami penuh.Mudah-mudahan ia mendatangkan hasil kepada kami.

25 July 2008

HALA TUJU DAN INSENTIF INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA


LATARBELAKANG INDUSTRI CENDAWAN MASA KINI DAN JENIS2 CENDAWAN YANG DITANAM DIMALAYSIA·
Tanah tinggi - Jarum mas, bunga kobis, shiitake dan butang·
Tanah rendah - Tiram kelabu, putih, merah, kuning, abalone, sisik / kukur, telinga kera, jerami padi, Ling zhi dan perut lembu.

a) Cendawan adalah organisma hidup yang terdiri aripada kumpulan kulat yang berjana buah (fruiting body). Sebarangusaha, proses, kaedah atau teknologi yang berkaitan organisma hidup ke arah mendapatkan produk yang bernilaitinggi atau mendatangkan kebaikan kepada pengguna adalah dianggap sebarang bioteknologi.

b) Cendawan bukan sahaja digunakan sebagai sayuran, tetapi telah divarisikan sebagai bahan makanan dan produkperubatan seperti minuman, produk kesihatan, produk penjagaan diri dan produk makanan ringan

c) Cendawan telah dikenalpasti sebagai satu industri berpontesi yang menyumbang kepada pendapatan Negara.

23 July 2008

CATATAN 2


RABU bersamaan 23 JULAI 2008
Semalam adalah hari yang paling banyak kami buat bongkah cendawan..166 bongkah kesemuanya..selama ni kita orang hanya larat buat 70 bongkah jer..kesemuanya pasal kepenatan bekerja di siang hari,so malam buat mana yang termampu dan terlarat jea, paling lewat pun kami buat cendawan sampai jam 9 jer..Sebenarnya ada org yang tolong kitaorg buat cendawan nie..sebabnya kita org tak sabar nak tengok rumah cendawan kami penuh.nak tau saper orangnya....???????orangnya adalah saudara BAKAR (cendawan melaka) yang tolong kitaorg semalam..so far banyak juga yang dia ajar kita orang dalam membuat cendawan nie..sambil2 tue gaul ngan begging skali dia buat..gambar nanti kami upload..sebab tak sempat nak buat pun.anywhere thank u burn(cm)..Jasamu sangat dikenang...

22 July 2008

CATATAN 1


HARI PERTAMA KU ADA BLOG SENDIRI 22 JULAI 2008 (SELASA)...PERINGGIT MUSHROOMBermula hari Selasa 22/7/08 secara rasminya saya da ada blog sendiri..Sebenarnya saya tengok member2 cendawan yang lain sumer da ada blog sendiri,so untuk tidak ketinggalan saya createler satu..Projek cendawan saya ni baru ajer bermula dalam bulan 4 aritue.Kongsi dengan abang Mohd Nizam.So projek cendawan kitaorang ini bisnes adik beradikler.Walaupun da berjalan hampir 3 bulan kitaorang baru dapat buat tak sampai 1000 bongkah.Hebatkan.Bukan kitaorang malas nak buat tapi masa kitaorang yang terbatas.Masing-masing ada kerjaya sendiri,saya kerja di FAMA abang plak kat PANASONIC,so cendawan kitaorng hanya sampingan ajer.Untuk fulltime cendawan mungkin ambil masa kot,bagi stabil dulu income cendawan kitaorang..Harapan kitaorang dalam projek cendawan ni memang tinggi menggunung..So kepada otai-otai blogger cendawan yang lain terimalah kami seadanya..Jadi secara tidak langsung saya memilih nama blog saya www.peringgitmushroom.blogspot.com