Ni masalah yang kami ada..actually gambar ni ambil pada 12/6/2008..So sesaper rakan2 yang pernah kena macam ni, bgtau kitaorang dan sebar2kan info nie..Kat bongkah tak ader hijau tapi kat benih ada plak..adakah terkena air atau memang dia ni spesis dari keluarga kulat hijau..minta penjelasan rakan2..
Oleh kerana rumah cendawan kami panas dan bahang, saya dengan RELA HATI melaburkan duit gaji saya sebanyak RM 430 untuk beli menatang ni..Belum masuk lagi aksesori dia macam getah paip ngan digital timer lagi..Nak dekat RM 500 jugak habis..Nama dia HUMIDIFIER tp org kampung panggil WATERMIST..Function dia nak melembabkan rumah cendawan..Da 3 minggu saya pakai memang lembab tp tak menyeluruh..mungkin kitaorg letak tempat tak tinggi kot..Maybe lepas ni saya akan ubah kat tempat lebih tinggi..So kalau ada cadangan or pertanyaan pasal water mist ni jangan segan silu contact saya ok..
baru nak test power Mula2 letak kat situ jer,pasni mungkin nak
Cendawan Ku Layu DiTasik Madu Kepada rakan2 cendawan sekalian masalah utama saya ialah cendawan yang kuar layu/kering..Sebelum ni saya simbah lantai dia,tp saya keje tak ader dapat buat selalu.Pagi sebelum pi kejer,lunch hour kuar jap ngan petang jer..tp tetap jugak layu/kering..Pastu last week saya pi beli watermist/humidifier,harga dia rm430.00..kat area water mist jer yang ok,tpt lain sama jugak..so kepada rakan2 cendawan sekalian,apa yang patut kami lakukan..
Inilah dia rumah cendawan untuk Peringgit Mushroom. Rumah Cendawan kami dibina awal tahun 2008 dalam sekitar bulan Februari dan mengambil masa sebulan nak siap. Biasa-biasa jea rumah cendawan kami.rumah cendawan kami mula beroperasi operasi dalam bulan April..Keluasan dia 15x40 kaki..Kat dalam adalah ditempatkan juga bilik suntik benih sekali...10x10 kaki jer...So kat siniler kami menjalankan operasi cendawan kami..Kat sebelah tue tempat untuk letak habuk kayu.
ISNIN Bersamaan 28 JULAI 2008 Sebelum memulakan catatan saya pada hari ini minta maaflah sbb saya masih tak dapat lagi nak upload gambar pasal cendawan kami..masih tidak kesempatan dan kesuntukan masa.sibuk dengan pelbagai hal..anywhere kami nak citer skit mengenai progress cendawan kitaorang..Jika sebelum ini kitaorang hanya larat buat 60 media ajer sehari tp dengan kehadiran Mr Bakar (cendawanmelaka) satu hari kitaorang da mampu buat 100 lebih da..26/7/2008(sabtu) lalu kitaorang buat 292 media..So total 3 kali kitaorang buat da dapat 635 media..Insyaallah sebelum puasa penuhler rumah cendawan kami..Tak sabar nak tengok rumah cendawan kami penuh.Mudah-mudahan ia mendatangkan hasil kepada kami.